CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 6 July 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan

Assalamualaikum..
 Ehem..Tengok title la khen? Xkan xbley agak kot? Ehehehe..hemm..sebenarnya betapa aku in love sangat ngan cerita yang tengah hot kt Slot Akasia sekarang ni, "Kerana Terpaksa Aku Relakan", thus aku mengambil keputusan (penting ka sampai perlu nak declare buat keputusan?) untuk menai entry choiyy double choiiyy ini..(Hanya aku yang mengerti).
 Cerita ni cam biasa la adaptasi novel, tapi aku suka dia punya storyline.
 Yang cliche pon dia punya konflik aku rasa, lagipun cerita ni x lemau untuk aku ikut maksud aku, kalau terlepas satu episod kau memang agak tenggelam punca tak macam sinetron hokeyh?? Kalau ala-ala sinetron memang kirim salam la aku x jadi penyumbang pon untuk series yang melalut-lalut kelaut, hang tebok aku, aku tengok muka hang dekat setengah minit. Memang TAK AKAN! (Sorry aku memang tanak cerita pon ala-ala macam nak review drama tuw, just nak buat luahan ja).
Aku da la terjatuh cinta ngan story line dia, pahtu dia punya actor and actress suma main peranan even cam Amar Baharin tu agak baru la nak jadi hero-hero giteww kan? Tapi cam ok ja dia punya acting. Bak kata Ally Iskandar masa "depa" buat sesi temu bual drama ni kat MHI, terserlah "KETAJULAN" Ammar Baharin tuw..Yup, I'm totally agree. Pastu si Izreen memang aku suka la watak dia cam kalut2, gedix tak ketahuan tuw cam bodoh-bodoh alang plus gedxx, at least ada cam sense of humour la lam cerita tu.. Awal-awal cerita cam aku skali la falling in love kat Tajul Razin tuw, but bila sampai episod yg last week end tu (Episod 23) aku da start nak marah da ngan Zen.
Tajul Razin (Ammar Baharin) with Indah Halina (Izreen Azminda). Time ni Zen booking Indah untuk hang out n dia mention just utk hari tu ja nak wt suma menda ngan Indah. 

Admire Dato' Soffiyah (Dian P.Ramlee). AKu admire dia punya acting. Versatile!

The siblings of Tajul: Tajul Fahin (Shafiq Kyle), Tajul Razin (Ammar Baharin) and Tajul Zahin (Aedy Ashraff)


Watak kat kampung Indah. The mak in law yg tak jadi, abah Indah and the emak tiri and kakak tiri.

Part sedih tapi agak bacul la si Zen (Ammar Baharin) tu just by e-mail cakap macam-macam kat Indah Halina (Izreen Azminda) nak break up. Tak macho syiot! Ka ada sapa-sapa yang reka e-mail tu untuk pisahkan dua orang tuw xtaw la kan? Itu yg aku kagum sangat ngan keja Azma Aizal Yusof a.k.a Butang yg aku kenali menerusi watak drama TV3 satu ketika dulu. Ok2, aku da melalut sakan ni.
Ni la kandungan e-mail Abang Zen untuk Indah. Sedey beb aku rasa cam sedey gila jadi Indah Halina.

Bagi aku, suma watak tak kekok bengkok. Best even watak Safuan pekerja berwatak ala-ala sotong tu pon menjadi and watak bff Indah yg dilakonkan Ika Nabella pon memang aku puji. Adik bongsu Tajul's pon, Tajul Zahin (Aedy Ashraff) memang best. Nampak kematangan beliau. Ekekeke..kan ka dia ni since budak-budak lagi da start blakon. Shafiq Kyle pon aku suka lakonan dia lam cerita ney sebab rasa cam dia in mood gila. Eeee..da la comeyl!!!
Aku punya tahap gila tengok cerita ni, aku da tengok live kt tv, pastu mesti la ada part yg aku ter 'miss' en especially time bukak posa, tv ja cakap sengsorang, malam after balik terawikh, aku akan tengok balik cerita tuw kat tonton.com. Then, keesokannya aku akan download la episod berkenaan dekat sini http://www.bukancincai.com/. Pastu berangan. Pastu dok feeling-feeling. Aku nanges ah tengok cerita ni. Kesian kat Indah. Aku cam bley in mood giteww nak-nak lagi tengok dia nangis cam ikhlas nak mati time blakon..Hahaha! Obses dak aku?
Dia punya OST pon best tajuk "PATAH SAYAP" yg Nadia Aqilah a.k.a Zawati yg blakon lam cerita neyh. Yang aku lagi best pasal lagu ni sebab Hafiz Hamidun yg buat. Aku  selalu expect Hafiz Hamidun yg selalu compose lagu-lagu nasyid or alunan zikrullah tapi kali ni lain. Sedap and puitis lirik lagu tu. 
Aku punya feel kat cerita ni tak macam series yg meletop-letop sebelum ni cam Setia Hujung Nyawa (aku repeat lebey 10x tengok), Ariana Rose and so on..Ntah dia punya aura tuwh laen. Ewaaah!Aku ni da la jenis sayang duit sikit bab nak membeli novel neyh. Tapi aku memang seriously nak angkat la novel ni lepas abes cerita ni. "Dan, awat hang nak tunggu abeh cerita baru nak beli?". Guess what guys? Sebab kalau aku beli la ni, novel tuw da la agak tebal, dengan tahap aku membaca novel punya kelajuan semut berjalan lagi laju kot plus xdan ligan la ngan series yg da di'compact'kan daripada novel tuwh. Bila da abes cerita tuw kat tv and aku baru start nak baca, baru la dapat nak feel dia punya watak lam cerita tuw cam nak imagine la kan.
Hahahaha..hahaha..
Ni la rupa novel nya. But sorry aku rasa lepas abes cerita ni rasa cam nak beli. Sokmo borrow jeww! 
Ok, cukupla aku nak merapu setakat ni dulu. Diam-tak diam da 9 hari kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa. Best weyyy!!! Selalunya orang post entry yg cam tazkirah tapi aku cam xmaw la nak hipokrit sangat khen? Apa aku rasa nak taip,aku taip. Nak bagi tazkirah tak perlu tunggu hari Jumaat or Ramadhan jewww..Kan??
Till then, wassalam..


Monday, 30 June 2014

Alhamdulillah..

Assalamualaikum..
Ehem..Tatkala aku menaip entry ini adalah dikala berkala-kala aku punya rasa mengantuk. Tahap dewa la aku punya ngantok. Budak tengah rehat, so aku curi masa untuk intai blog berhabuk ni. DUSHUUUUUUUUUUUUUUM!!! Cuci blog pakai sabun XOXOXOXOXO!! Berbaur gedxxxx sssangat Dan oiyh! 
Alhamdulillah, hari ni genap 3 hari aku dan muslimin muslimat yg laen kt Malaysia ni tunaikan kewajipan rukun islam ke 3 yakni berpuasa....... 



Dan hari ni gak merupakan mak aku punya befday!! Alhamdulillah, dapat lagi salam and cium tangan mak. Before ni bertahun-tahun berjauhan, akhirnya pulang jua ke pangkuan keluarga. Cewah..(Bukannya hang p obersi pon Edan weyh) :-p  Semoga mak dipanjangkan umur, sihat selalu, kalau xsihat pon harapnya anak dia ni boleyla jaga dia dengan baik , eh tapi mintak jangan sakit la..huhu.. semoga murah rezeki untuk mak. 
Berkat doa mak la aku begini hari ni. Walaupun tak berjaya mana, tapi kena sentiasa ingat doa mak la paling mujarab, makbul, terhijab dan seangkatan dengannya..Semoga hidupku dengan redha mak abah..Tu la doa aku yg paling aku mintak sangat..
Yang penting, bersyukur la dengan apa yang kita ada. Kalau kita rasa kita susah, miskin gila tahap poket tembus punya xdak duet, orang laen jauh lagi susah Allah uji, kalau kita rasa kita terlalu senang lenang sampai tak tau nak buat apa, tu pun tanda Allah uji kita, bermanfaat ka masa yang kita guna, yg Allah bagi 24 jam kat kita. Kalau kita rasa kita ni sakit macam nak mati sesangat da rasa, mengucap banyak-banyak, istighfar, jangan dok kata atau bersungut..Ingatla ramai lagi yg Allah uji jauh lebih berat daripada apa yang kita lalui..
Tak kira apa jua yg kita hadapi, lalui, jangan lupa Allah. Bayangkan kalau Allah lupa kita macam mana? Tak ka haru bin biru tuwh?? Ucaplah Subhanallah (Maha Suci Allah), Allhamdulillah (Pujian Bagi Allah), Allahuakbar (Allah Maha Besar) kalau dok saja-saja tu kan? Daripada dok bersiul-siulan lagu xketahuan (ai kata kat diri sendiri nampak?) molek la kiranya kita menyebut asma' Nya.. Sekian sahaja entry berbaur errrr..bley cakap dakwah ka? Ada la sikit-sikit.. Yang elok-elok, amek la jadi panduan, yang tak elok tak yah la ikut no?

Selamat menunaikan ibadah puasa and jangan lupa training kita tiap-tiap malam bulan posa ni...Nawaitu sunnata ttarawikh ...ehehehe..Excercise setahun sekali tuw..Rugi bosssar kalau ekau xbuek. Ok, cukupla ngarut Dan.
Wassalam..

Saturday, 31 May 2014

Tentang Rasa (caca marba)

Assalamualaikum..
Dear my blog yg campur-campur macam rojak, macam abc cekodok basi,macam...dan bermacam-macam lagi..Duhai belog yang tak punya rasa. Daku selaku tuan empunya ingin meluah rasa.
Aku tak tau apa lagi yang tak kena. Murahnya air mata ni..(Hang pempuan la Edan! Standard ah kalau takat nak tetes air mata tuh!) (Eh, kalau hang laki pon tabley nanges?) Monolog berupa prolog.

Kalau hangpa la kan, seharian asyik buat benda yang sama, menghadap benda yang sama, suasana yang sama, situasi yang sama, apa la agaknya yang hangpa semua rasa? Nak keluar ngan member pon macam kambing dalam kandang la kan? Apa yang hangpa rasa??

Masalah memang tak dapat nak selesai kalau asyik berada di takuk yang sama. Bila kita sedih, bila kita rasa down, rasa gelap masa depan, sapa ja yang ada di sisi kita, bagi kata-kata semangat untuk diri ni kuat..Sapa yang akan pujuk kita, lapkan air mata kita walaupun kita memang tak handicap lagi nak lap air mata sendiri..

Bila aku rasa lonely sangat aku mula buat benda-benda yang membuang masa aku walaupun memakan masa berhari-hari untuk coolkan diri even time tuw aku memang ada kerja yang nak kena bereskan. Nak marah, nak bercakap lebih-lebih takut orang sekeliling yang makan hati, sakit hati atau meratah-ratah hati yg robek dek kerana mulut aku menghamburkan kata-kata errrr..kata-kata pa hah? Ya la..tengah marah or sakit ati macam-macam boley terkeluar dari mulut neyh. So, aku akan lebey banyak diam, expression muka memang hampeh la, taik ayam lawa lagi rasanya. Dok sorang-sorang bekurung sambil TT. Tuw ja yang termampu. Aku takut kalau aku bercakapja ntahapahapa yang aku cakap aku xsedar terkeluar dari mulut aku, pahtu menyesal lorrrr...

Aku akan belek gambar-gambar lama, dengar lagu yang sedih-sedih berulang kali sampai aku rasa lagu tuw da xsedih langsung da untuk aku ratapi sempena apa-apa yang aku sedihkan tu, belek gambar kt FB yang aku rasa aku suka tengok pics depa, view wall orang yang aku rasa penah menjadi sebahagian dalam lipatan sejarah hidup aku, gode-gode laptop aku sampai aku rasa meluat, belek majalah walaupun hanya gambar, HA, YANG NI MEMANG TABLEY BLAH PUNYA VANGANG, "view messages yang orang aku rasa rindu" (macam hapa ja Edan!)..

Aku selalu gak la view pics yang ada quotes either in english or malay, kata-kata hikmah, motivasi..anddddd.....aku tidak pernah tertinggal untuk meng'save'kan all those quotes yang aku rasa aku suka nak view di lain ketika sampai errghhh..lembap aku rasa laptop nak loading. 


Apa pon the best and the most calmest part is during aku reciting the Al-quran al-karim and buatla semayang (solat) sunat 2 rakaat pon jadila..Walaupun hanya untuk 5 minit, inshAllah sangat la mujarab and nak nanges sampai basah apa-apa pon rasa lega yang teramat sangat taw? Yang penting, janganla mengeluh dengan apa yang kita telah, sedang dan akan lalui. Selalu baca "la ta khaf wa la tahzan, innalllah ha ma'ana". Doa ni aku hafal dari kecik lagi masa tuw aku otw nak pe kenduri kat Kedah and terdengar Dato' Seri Anwar Ibrahim baca ni sebelum beliau mulakan ucapan, sekal ngan makna yang beliau sebut " Aku tak takut, aku tak gentar, Allah cerita dengan aku".




Aku selalu pesan pada hati aku, pujuk hati aku (ya la da xdak sapa nak pujuk!) yang Allah tak kan bagi kita lalui selagi mana Dia tau kita mampu nak lalui, mampu nak tempuh. Dia nak tengok setara mana kita nak lalui, ingat or tak kita ni sebagai hambaNya pada Dia? Ucap alhamdulillah kerana bila mana kita rasa diuji, tuw maknanya Allah sayang kita, Allah pandang kita sebagai hambaNya meskipun kita banyak buat benda yang Dia tak suka, larang, dosa.... 

Sampai takat ni ja kot. Tadi laju ja titisan-titisan air menerejuni (heh?bahasa apakah Edan?) pipi aku. Da lepas type entry ni rasa cam alhamdulillah...Lega rasa..

Sekian, wassalam.


(*p/s: sesapa yang terbaca blog ni and terasa cam nak amek salah satu resolution yang aku buat kat atas tuh amek la. Aku halalkan ja. Tak rugi barang se sen pon. Kihkih..sudah mampu ketawa)

Sunday, 18 May 2014

KEMBALI, SEPI..

Assalamualaikum..
Hem..dear my blog, how are you today? (nada tanya kat budak-budak time ngaja dulu)
Da berhabuk sakan da ni. Ya la, laptop buat hal. Tak da mood da nak menaip apa-apa. Ayik kuaq SSL error ja.Ciss..

Macam title entry kat atas tuw. Kembali sepi. Apa yg sepinya mc?Aku la..Hati aku yang sepi. Sepi la. Kojo TAK ADO, DUIT TAK ADO, TAPI HATI INGIN...bla bla bla..,verangan. Ahhaha..

Hangpa penah dak lalui, rasa meninggalkan or rasa ditinggalkan? Berbeza bukan? Seriously. Kedua-duanya memang rasa sakit, perit, pedih, macam jantung orang tikam bertubi-tubi, hancur, darah ta payah cakap, kena tunggu orang datang dermakan darah akibat kesakitan yang teramat itu. (Coiyyy sangat Edan!).

Pernah dak hangpa rasa cam, sayang kat sorang tuw? Tapi tabley sayang lebey-lebey. Pernah dak?Pernah dak? Huiyoooh..Entry ni sudah berbaur jiwang kera karat da ni wey Cik Edan! Hang ni asapal Edan?! 

Gini la ya perasaannya bila jadik seorang penganggur. Macam-macam yg difikirkan. Duit, kerja, nak bagi duit kat mak abah, nak ta......dot dot dot. Calon suami tadak, itu la, ini la..

Pa pa pon, aku memang tengah pujuk hati sendiri. Iya la. Kadang-kadang rasa macam ada si pemujuk hati. Bila nak rasa cam calm and sayang sikit, da lari, menghilang tah ke mana-mana.

Tak mengapalah Edan.. Allah kan ada.. Cinta pada Allah kita tak akan pernah kecewa. Cinta pada manusia, hampa.....  


Buat hati dan si perindu hati, ketika ini doaku hanya ini. Disebabkan aku rasa sayang yg urghhhh,,saratnya dlm hati ni, namamu sentiasa dalam bait-bait doaku..amiin.. 

Sekian, wassalam...

Sunday, 9 March 2014

PRAY FOR MH370!

Assalamualaikum..


Umum telah mengetahui tentang misteri kehilangan pesawat milik syarikat penerbangan terkemuka MAS yg telah berlepas daripada lapangan terbang KLIA kira-kira 12.41 pagi  waktu tempatan (Sabtu, 8 Mac 2014) dan tidak mendarat di lapangan yang sepatutnya di Beijing, China.

Allah sahaja yg Maha Mengetahui perasaan ketika mengetahui perkhabaran itu. Aku dapat tau news ni masa tengah menonton NLKO (Nasi Lemak Kopi O) kat TV9 pagi kelmarin. Sehingga ke hari ni, berita tentang kehilangannya tetap menjadi liputan media tempatan mahupun luar negara.

Tapi, apa yg aku rasa kesal dan ralat  sangat dengan sesetengah umat manusia ni ada yg terlebih cepat daripada internet. Macam la depa plak yg sertai misi mencari & menyelamat dlm kes ni. Al maklumla, banyak sangat media sosial sekarang ni. Seriously siap post kat FB bagai cakap media tempatan sengaja tak mau dedahkan hal sebenar. Depa nak simpan wat apa berita macam ni? Time menaip tuw tak pikir ka perasaan ahli keluarga penumpang-penumpang yg terlibat?perasaan ahli keluarga crew-crew kabin?ahli keluarga pilot tuw sendiri? Tak kena kat batang hidung sendiri pandaila gebang. (Aku da nak start emo nieyh).

Paling menyedihkan, boleh plak kaitkan kehilangan ni dengan isu politik, bala la apa, pastu kutuk-kutuk pilot tuw. Adoiy, please la wake up. Pilot and co-pilot tuw xmintak pon nak jadi camtu. They'd try their best. SAMPAI HATI la kan orang-orang yg wat spekulasi menagrut tahap langit apa tah ni. Bagi aku, orang yg sempat wat lawak bodoh tahap gaban pasal kes ni memang xdak langsung nilai simpati dan empati dlm diri dia. Something wrong somewhere la orang camtuh.

Sepatutnya, kita sama-sama doakan yg terbaik untuk orang-orang yg terlibat. Kehilangan ni memang betul-betul misteri bagi aku sebabnya memang xdapat nak kesan langsung sebarang tanda selain dua tompokan minyak, tuw pun xsahih lagi minyak hasil pesawat or daripada benda lain. Better wat sembahyang hajat, mintak dipermudahkan urusan misi mencari dan menyelamat pilots, crews and all passengers within it, mohon pertolongan Allah, mintak petunjuk dariNya.

Siapa la yg wat nukilan ni. Ya, doaku juga sama seperti Alonk ni. -cilokdariFB


Last but not least, please and please do keep pray for them all. Semoga penantian kita sebagai rakyat Malaysia diberi jawapan dan diberi petunjuk.

Doa utk mereka dan redha utk segala-gala kemungkinan

Saturday, 8 March 2014

PUDING KARAMEL YG SENANG

Assalamualaikum..
Cewah..tajuk, bajet terer masak ah, Edan? Hemm..terer xdkla terer pon. Maksud aku "PUDING KARAMEL YG SENANG" tuw sebab dia punya bahan bukan yg pelik-pelik or susah utk didapati and dia punya sukatan xsusah-susah nak pakai gram and so on...

Actually resipi ni, cikgu or as I called as "kak Aida" yg bagi resipi ni. Masa tuw tengah sembang-sembang pasal resipi pehtu aku plak mnyampuk tanya susah dak nak wat puding tuw sebab before this aku da penah try tapi guna resipi orang laen la. Resipi orang laen of course la dia punya stail pon laen khen??

Kebetulan minggu ni, ada sorang cikgu or "kakak" yg juga guru ganti da nak tamat tempoh penggantiannya. So, Kak Aida yg bagi resipi puding ni cakap balik try wat and bawak Khamis ni (6 Mac 2014). Aku cakap insyaAllah ja la sebabnya aku da penah try sebelum ni xjadi, keras, xsedap, seminggu dlm peti sejuk punya terpaksa nak abeskan.

..............................................................................................................................................................

Merepek banyak tak guna, meh aku listkan bahan-bahannya and cara nak buat:


Bahan-bahan:
Ni bahan-bahannya. Abaikan segala mak nenek yg kat belakang tuwh
1) 8 - 10 biji telur ayam
2) 1 sudu teh tepung kastad
3) 1 sudu teh esen vanila
4) 1 tin susu pekat (Kak Aida suggest brand Dairy Champ sebab lemak dia lbey n kurang manis)
5) 1 tin air @ susu cair
6) Garam secukup rasa
7) 5 sudu makan gula kasar



Cara-cara membuatnya: 
1) Untuk wat part gula hangus, sediakan loyang (xkisah bentuk apa pon), masukkan 5 sudu gula kasar (or banyak mana pon), kemudian bukak api perlahan sambil kacau gula tadi sehingga cair dan keperangan. Jangan bagi hitam, nanti rasi pahit. Selepas gula menjadi keperangan, matikan api dan biarkan sejuk.

Ni rupa gula hnagus yg xberapa nak hangus

Jangan cuak bila nampak gula hangus tuw merekah-rekah.

2) Masukkan air ke dalam periuk pengukus, then didihkan sementara nak prepare bahan puding.

3) Bahan 1 - 6 campurkan ke dalam mixer @ blender, semuanya blendkan. Yang bahan ke-5 tuw uols bley pilih either nak guna air biasa or susu cair. Tapi dia punya sukatan bersamaan 1 tin la.


Bahan-bahan yg di'blend' tadi dituang di atas lapisan gula hangus tadi. 


4) Selepas dah blendkan suma bahan tadi, tuang kesemua bahan yg di 'blend'kan tadi ke dalam loyang yang dah berisi gula hangus tadi. Mudah bukan?

5) Kukus puding selama 45 minit.

Dia punya api camni ja la lbey kurang


6) Siap, dan lebih sedap disediakan dalam keadaan sejuk. Means masukkan puding ke dalam peti sejuk.

After the removal from the periuk kukus. Biarkan ia lekang sendiri kat keliling tuw.



...................................................................................................................................................................


Tapi kan, time aku tengah wat tuw ada satu insiden di mana mak aku hampir membakar dapur dengan meletakkan kain buruk di sekeliling periuk pengukus bertujuan nak lap tepi-tepi dapur yg terkena lelehan-lelehan bahan puding time aku tengah tuang dalam loyang tadi. Punya dia cermat nak lap time tuw gak, dengan sempoinya beliau meninggalkan dapur disebabkan bunyi deringan telefon.

Kekononnya mak aku nak lap lelehan yg kat tepi periuk pengukus ni la
Terbakor sudeyh..Ni la mangsa kebakaran, kemeja abah aku yg da dijadikan kain buruk.



And, one more thing puding aku jadi tapi rupa dia......Syahdu. Aku frust. Serious weyh sebabnya aku plan nak bawak p skolah keesokannya harinya. Time da siap puding tuw masak, aku biarkan sejuk seketika. Time mak aku nak telangkupkan dalam bekas yg nak aku bawak tuw, tersenget benget la plak puding tuw jatuh..Berderai la layer atas tuw. Cacat da.. TT 

Tapi xbleyla aku nak salahkan mak aku sebab aku yg xconfident sangat nak terlangkupkan puding tuw. Sebelum-sebelum ni kalau aku wat kek karamel aku yakin plak part nak terlangkup tuw. Aku siap pesan kat mak aku lagi, "Mak, senafas ja mak telangkup tuw," Ewah...kemain la khau?!

Ni la hasil yg xseberapa tuw. Tapi alhamdulillah, esoknya aku bawak pi skolah, Kak Aida cakap puding aku menjadi cuma kena kurangkan manis ja..Yg lain pon cakap sedap and jadi. Alhamdulillah...
Selalunya orang akan upload yg comel2 and cun2 ja pic nya. But I'm not a hypocrite person.
Puding Karamel yg senang telah dilanda 'ribut taufan tak tau mana-mana' TT

OK, Selamat mencuba! 


Monday, 3 March 2014

Xsabar Punya Aku?!



Assalamualaikum..
Dear my blog bolog. Ohoho..Belog la ssangat Cik Edan? Actually entry ni aku taip setelah sakit gigiku mereda pergi (bahasa apa ni Cik Edan?).

Ya, daku telah mengalami sakit gigi yg berlanjutan setelah aku bangun dari peraduan dua hari yg lalu.

Alkisahnya.....
At first xdakla sakit tahap gaban sebabnya aku berkobar-kobar nk attend mesyuarat PIBG (Sabtu, 1 Mac 2014). Punya la lama baq hang mesyuarat tuw. Pendaftaran start kul 8.30 pagi. Start rasmi kul 10.30pagi (kot). Then berhenti rehat kul 11.30 pagi, katanya 15 minit. Sekali hangpa taw, dkt kul 12.30 tengah hari baru start. Aku punya la dahaga ayaq ais (air batu).


Ni la ropenyerr mesyuarat PIBG tuw.
Parents yg attend. Biasala golongan Mak-mak yg lbey ramai daripada golongan bapak-bapak.

 Tumtamtumtam  tamat sesi mesyuarat dlm kul 1.30 ptg lbey-lbey, LALU aku hegehkan tanganku ini mengona stereng menuju ke Arau sebab perut aku buat lapaq nk telan coolblog. SEJUK bukan ketika menikmatinya? Ditambah lagi rasa liat-liat black perl tuw. Hemmm. Xhengat la gigi sakit tuw masa tuw. Ok, fine da habis satu cup. Balik umah sampai lm dkt kul 3 gak la. Sekali mak aku cakap suh mandi nak balik kampung. HOKEYYY fine! (Penat xdan hilang, peluh xdan kering lagi. Aku mengantok).

Cool Blog la ssangat khen? Cappucino is my fav. 

Esoknya (Ahad), rasa lagi ngapngapngap berdenyut gigiku, berlubang ceritanya ni. Bukan sebatang gigi ya sayang2ku, dua! Sudah lama gigi berlubangku biarkan. LAST warning aku dapat daripada doktor yg buat medical check up time aku nak jadi Guru Ganti (Jun 2013). Itu tidal bererti lubang di gigi masih bersaiz tahap jarum peniti bley cucuk masuk. Itu sudah tahap jari kelenkeng aku pon bley sumbat. Standard ah, xsakit mana ada feel nak buang ja terus gigi tuw bebeh! Sayang!! Ohohoo!! Aku gatai minum ayaq tebu pasar malam dekat umah aku yg sejoookkk gitewww..

Lbey kurang ginila gigi aku tuw tapi part itam-itam tuw xdakla sbb aku suka cungkil guna floss.

Khau..Hari ni terima la azabnya. Aku pi sekolah siap mintak tukang kantin tuw top up ais lagi sebabnya 
tiap-tiap kali aku order ayaq ais, xrasa sejuk (bukan sebab santau ah beb. Nau'zubillah) sebab aku nampak dia letak air panas hampir penuh gelas. Mana la tak cair ketulan-ketulan ais yg menyejukkan lagi mendinginkan itu? Ya, aku pon menyedut nescafe 'o' aisku habis segelas. Bermula lagi episod duka di gigi berlubangku.

Budak aku suh main puzzle aku marahi akibat tidak memahami maksudku. Sampai tersedu sedan budak tuw nak lengkapkan puzzle sebab kena marah ngan aku lah ceritanya. Aku sakit gigi. Si budaknya dok wat xreti-reti lagi dgn xdak responnya. Sekali, dia yg paling banyak dapat buat sebab aku cakap "Kalau teriak (nangis) tetap xdapat buat puzzle ni (confirm xdapat buat puzzle ni)" .Gamaknya dapat motivasi menerusi cara aku memerli, budak tuw pun dengan gigih melengkapkan puzzle. Hokey habis bab puzzle.

Murid-muridku yg gigih siapkan puzzle buah-buahan. Group belakang tuw cikgunya baik hati tolong siapkan.

Budak yg tengah tuw yg nangis. Aku xmarah dia actually, suara aku memang xbley control. Actually dia ada cara tersendiri untuk siapkan puzzle tuw cuma dia xmampu nak luahkan kat aku.

Muka tahan sakit gigi plus gedik selfie time ngajar (la sssangat). Da macam han..bungkus aku tengok muka sendiri ngan shawl camtuh.

Time budak-budak sibuk wal khusyuk, ada la sorang cikgu yg sama nama ni bagi pertolongan kat aku. May be dia kesian tengok aku dok pegang pipi kanan aku dari lepas makan tadinya. Maka, beliau telah menulis sepotong ayat al-Quran atas kertas kecik, pastu dilipatnya kecik-kecik dia suh aku kemam. Aku cakap nanti boleh dak sebab sat gi nak amek ayaq semayang (wudhuk). Dia cakap Ok, bila-bila pon xpa. Ni cuma ikhtiar. After that aku selit la kertas tadi kat beg henpongku.

On the way balik rumah memang sakit kepala la dia punya sakit gigi tuw menangkap sampai ke kepala. Tahan punya tahan sampai la ke rumah. Lepas maghrib, aku amek kertas tadi tuw, selawat ke atas Nabi. Aku selit celah gigi2 aku yg berlubang itu. Hemmm..Jenis xsabar aku ni, telan Prostan plak (ubat tahan sakit) yg da expired bulan Januari 2014. Aku kira halal ja la, xtahan la weyh rasa cam terketar-ketar ibu jari kaki aku tahan sakit. 

Then, xok lagi, aku selitkan plak bunga cengkih sekuntum  yg aku agak-agak muat celah lubang gigi aku yg sakit tuw. Pahtu  titik pulak ubat Hurix yg utk gigi berlubang tuw. Aku siap Google habaq hang ayat al-Quran utk sakit gigi. I've found, surah Al-Mulk, ayat 23 from a blogger. Thanx sgt kt blogger tuw sbb share menda yg bermanfaat giteww (eh seriusla!). Letak jari kat gigi yg sakit then recite the ayatul Quran. Alhamdulillah, kurang sikit sakit tuw.

Try la baca ayat ni. InsyaAllah berkesan or tak pon kurang sikit rasa sakit tuw.

AT LAST, alhamdulillah..hampir jam 11.54 malam, sakit gigi ku mula reda. Mana satu yg mujarab aku pon xtaw. Tapi apa aku nak cakap kat sini, alhamdulillah..Sakit gigi kan sakit yg ketiga paling sakit lam dunia selain sakit nak mati and sakit bersalin. Hemmm,,tuw la ujian Allah terhadap manusia. Bukan hari-hari kita akan sihat ya.

Kesimpulannya, jagalah gigi anda molek deyh? Kecik-kecik lagi kena rajin gosok gigi, aku ni sebaliknya ya time kecik-kecik dulu. Rajin taw jumpak dentist. Rajin cabut gigi. Actually genetik aku part gigi memang xbagus. Except adik aku ja maintain xpenah ada masalah gigi plus tersusun rapi giginya. Aku? Xyah tanya, confirm la rongak bukan congkak.

Sekian, entry melalut bin mengarut  sedikit sebanyak. Wassalam...