CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 31 May 2014

Tentang Rasa (caca marba)

Assalamualaikum..
Dear my blog yg campur-campur macam rojak, macam abc cekodok basi,macam...dan bermacam-macam lagi..Duhai belog yang tak punya rasa. Daku selaku tuan empunya ingin meluah rasa.
Aku tak tau apa lagi yang tak kena. Murahnya air mata ni..(Hang pempuan la Edan! Standard ah kalau takat nak tetes air mata tuh!) (Eh, kalau hang laki pon tabley nanges?) Monolog berupa prolog.

Kalau hangpa la kan, seharian asyik buat benda yang sama, menghadap benda yang sama, suasana yang sama, situasi yang sama, apa la agaknya yang hangpa semua rasa? Nak keluar ngan member pon macam kambing dalam kandang la kan? Apa yang hangpa rasa??

Masalah memang tak dapat nak selesai kalau asyik berada di takuk yang sama. Bila kita sedih, bila kita rasa down, rasa gelap masa depan, sapa ja yang ada di sisi kita, bagi kata-kata semangat untuk diri ni kuat..Sapa yang akan pujuk kita, lapkan air mata kita walaupun kita memang tak handicap lagi nak lap air mata sendiri..

Bila aku rasa lonely sangat aku mula buat benda-benda yang membuang masa aku walaupun memakan masa berhari-hari untuk coolkan diri even time tuw aku memang ada kerja yang nak kena bereskan. Nak marah, nak bercakap lebih-lebih takut orang sekeliling yang makan hati, sakit hati atau meratah-ratah hati yg robek dek kerana mulut aku menghamburkan kata-kata errrr..kata-kata pa hah? Ya la..tengah marah or sakit ati macam-macam boley terkeluar dari mulut neyh. So, aku akan lebey banyak diam, expression muka memang hampeh la, taik ayam lawa lagi rasanya. Dok sorang-sorang bekurung sambil TT. Tuw ja yang termampu. Aku takut kalau aku bercakapja ntahapahapa yang aku cakap aku xsedar terkeluar dari mulut aku, pahtu menyesal lorrrr...

Aku akan belek gambar-gambar lama, dengar lagu yang sedih-sedih berulang kali sampai aku rasa lagu tuw da xsedih langsung da untuk aku ratapi sempena apa-apa yang aku sedihkan tu, belek gambar kt FB yang aku rasa aku suka tengok pics depa, view wall orang yang aku rasa penah menjadi sebahagian dalam lipatan sejarah hidup aku, gode-gode laptop aku sampai aku rasa meluat, belek majalah walaupun hanya gambar, HA, YANG NI MEMANG TABLEY BLAH PUNYA VANGANG, "view messages yang orang aku rasa rindu" (macam hapa ja Edan!)..

Aku selalu gak la view pics yang ada quotes either in english or malay, kata-kata hikmah, motivasi..anddddd.....aku tidak pernah tertinggal untuk meng'save'kan all those quotes yang aku rasa aku suka nak view di lain ketika sampai errghhh..lembap aku rasa laptop nak loading. 


Apa pon the best and the most calmest part is during aku reciting the Al-quran al-karim and buatla semayang (solat) sunat 2 rakaat pon jadila..Walaupun hanya untuk 5 minit, inshAllah sangat la mujarab and nak nanges sampai basah apa-apa pon rasa lega yang teramat sangat taw? Yang penting, janganla mengeluh dengan apa yang kita telah, sedang dan akan lalui. Selalu baca "la ta khaf wa la tahzan, innalllah ha ma'ana". Doa ni aku hafal dari kecik lagi masa tuw aku otw nak pe kenduri kat Kedah and terdengar Dato' Seri Anwar Ibrahim baca ni sebelum beliau mulakan ucapan, sekal ngan makna yang beliau sebut " Aku tak takut, aku tak gentar, Allah cerita dengan aku".




Aku selalu pesan pada hati aku, pujuk hati aku (ya la da xdak sapa nak pujuk!) yang Allah tak kan bagi kita lalui selagi mana Dia tau kita mampu nak lalui, mampu nak tempuh. Dia nak tengok setara mana kita nak lalui, ingat or tak kita ni sebagai hambaNya pada Dia? Ucap alhamdulillah kerana bila mana kita rasa diuji, tuw maknanya Allah sayang kita, Allah pandang kita sebagai hambaNya meskipun kita banyak buat benda yang Dia tak suka, larang, dosa.... 

Sampai takat ni ja kot. Tadi laju ja titisan-titisan air menerejuni (heh?bahasa apakah Edan?) pipi aku. Da lepas type entry ni rasa cam alhamdulillah...Lega rasa..

Sekian, wassalam.


(*p/s: sesapa yang terbaca blog ni and terasa cam nak amek salah satu resolution yang aku buat kat atas tuh amek la. Aku halalkan ja. Tak rugi barang se sen pon. Kihkih..sudah mampu ketawa)

0 comments:

Post a Comment