CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 8 March 2014

PUDING KARAMEL YG SENANG

Assalamualaikum..
Cewah..tajuk, bajet terer masak ah, Edan? Hemm..terer xdkla terer pon. Maksud aku "PUDING KARAMEL YG SENANG" tuw sebab dia punya bahan bukan yg pelik-pelik or susah utk didapati and dia punya sukatan xsusah-susah nak pakai gram and so on...

Actually resipi ni, cikgu or as I called as "kak Aida" yg bagi resipi ni. Masa tuw tengah sembang-sembang pasal resipi pehtu aku plak mnyampuk tanya susah dak nak wat puding tuw sebab before this aku da penah try tapi guna resipi orang laen la. Resipi orang laen of course la dia punya stail pon laen khen??

Kebetulan minggu ni, ada sorang cikgu or "kakak" yg juga guru ganti da nak tamat tempoh penggantiannya. So, Kak Aida yg bagi resipi puding ni cakap balik try wat and bawak Khamis ni (6 Mac 2014). Aku cakap insyaAllah ja la sebabnya aku da penah try sebelum ni xjadi, keras, xsedap, seminggu dlm peti sejuk punya terpaksa nak abeskan.

..............................................................................................................................................................

Merepek banyak tak guna, meh aku listkan bahan-bahannya and cara nak buat:


Bahan-bahan:
Ni bahan-bahannya. Abaikan segala mak nenek yg kat belakang tuwh
1) 8 - 10 biji telur ayam
2) 1 sudu teh tepung kastad
3) 1 sudu teh esen vanila
4) 1 tin susu pekat (Kak Aida suggest brand Dairy Champ sebab lemak dia lbey n kurang manis)
5) 1 tin air @ susu cair
6) Garam secukup rasa
7) 5 sudu makan gula kasar



Cara-cara membuatnya: 
1) Untuk wat part gula hangus, sediakan loyang (xkisah bentuk apa pon), masukkan 5 sudu gula kasar (or banyak mana pon), kemudian bukak api perlahan sambil kacau gula tadi sehingga cair dan keperangan. Jangan bagi hitam, nanti rasi pahit. Selepas gula menjadi keperangan, matikan api dan biarkan sejuk.

Ni rupa gula hnagus yg xberapa nak hangus

Jangan cuak bila nampak gula hangus tuw merekah-rekah.

2) Masukkan air ke dalam periuk pengukus, then didihkan sementara nak prepare bahan puding.

3) Bahan 1 - 6 campurkan ke dalam mixer @ blender, semuanya blendkan. Yang bahan ke-5 tuw uols bley pilih either nak guna air biasa or susu cair. Tapi dia punya sukatan bersamaan 1 tin la.


Bahan-bahan yg di'blend' tadi dituang di atas lapisan gula hangus tadi. 


4) Selepas dah blendkan suma bahan tadi, tuang kesemua bahan yg di 'blend'kan tadi ke dalam loyang yang dah berisi gula hangus tadi. Mudah bukan?

5) Kukus puding selama 45 minit.

Dia punya api camni ja la lbey kurang


6) Siap, dan lebih sedap disediakan dalam keadaan sejuk. Means masukkan puding ke dalam peti sejuk.

After the removal from the periuk kukus. Biarkan ia lekang sendiri kat keliling tuw.



...................................................................................................................................................................


Tapi kan, time aku tengah wat tuw ada satu insiden di mana mak aku hampir membakar dapur dengan meletakkan kain buruk di sekeliling periuk pengukus bertujuan nak lap tepi-tepi dapur yg terkena lelehan-lelehan bahan puding time aku tengah tuang dalam loyang tadi. Punya dia cermat nak lap time tuw gak, dengan sempoinya beliau meninggalkan dapur disebabkan bunyi deringan telefon.

Kekononnya mak aku nak lap lelehan yg kat tepi periuk pengukus ni la
Terbakor sudeyh..Ni la mangsa kebakaran, kemeja abah aku yg da dijadikan kain buruk.



And, one more thing puding aku jadi tapi rupa dia......Syahdu. Aku frust. Serious weyh sebabnya aku plan nak bawak p skolah keesokannya harinya. Time da siap puding tuw masak, aku biarkan sejuk seketika. Time mak aku nak telangkupkan dalam bekas yg nak aku bawak tuw, tersenget benget la plak puding tuw jatuh..Berderai la layer atas tuw. Cacat da.. TT 

Tapi xbleyla aku nak salahkan mak aku sebab aku yg xconfident sangat nak terlangkupkan puding tuw. Sebelum-sebelum ni kalau aku wat kek karamel aku yakin plak part nak terlangkup tuw. Aku siap pesan kat mak aku lagi, "Mak, senafas ja mak telangkup tuw," Ewah...kemain la khau?!

Ni la hasil yg xseberapa tuw. Tapi alhamdulillah, esoknya aku bawak pi skolah, Kak Aida cakap puding aku menjadi cuma kena kurangkan manis ja..Yg lain pon cakap sedap and jadi. Alhamdulillah...
Selalunya orang akan upload yg comel2 and cun2 ja pic nya. But I'm not a hypocrite person.
Puding Karamel yg senang telah dilanda 'ribut taufan tak tau mana-mana' TT

OK, Selamat mencuba! 


0 comments:

Post a Comment