Assalamualaikum..
Umum telah mengetahui tentang misteri kehilangan pesawat milik syarikat penerbangan terkemuka MAS yg telah berlepas daripada lapangan terbang KLIA kira-kira 12.41 pagi waktu tempatan (Sabtu, 8 Mac 2014) dan tidak mendarat di lapangan yang sepatutnya di Beijing, China.
Allah sahaja yg Maha Mengetahui perasaan ketika mengetahui perkhabaran itu. Aku dapat tau news ni masa tengah menonton NLKO (Nasi Lemak Kopi O) kat TV9 pagi kelmarin. Sehingga ke hari ni, berita tentang kehilangannya tetap menjadi liputan media tempatan mahupun luar negara.
Tapi, apa yg aku rasa kesal dan ralat sangat dengan sesetengah umat manusia ni ada yg terlebih cepat daripada internet. Macam la depa plak yg sertai misi mencari & menyelamat dlm kes ni. Al maklumla, banyak sangat media sosial sekarang ni. Seriously siap post kat FB bagai cakap media tempatan sengaja tak mau dedahkan hal sebenar. Depa nak simpan wat apa berita macam ni? Time menaip tuw tak pikir ka perasaan ahli keluarga penumpang-penumpang yg terlibat?perasaan ahli keluarga crew-crew kabin?ahli keluarga pilot tuw sendiri? Tak kena kat batang hidung sendiri pandaila gebang. (Aku da nak start emo nieyh).
Paling menyedihkan, boleh plak kaitkan kehilangan ni dengan isu politik, bala la apa, pastu kutuk-kutuk pilot tuw. Adoiy, please la wake up. Pilot and co-pilot tuw xmintak pon nak jadi camtu. They'd try their best. SAMPAI HATI la kan orang-orang yg wat spekulasi menagrut tahap langit apa tah ni. Bagi aku, orang yg sempat wat lawak bodoh tahap gaban pasal kes ni memang xdak langsung nilai simpati dan empati dlm diri dia. Something wrong somewhere la orang camtuh.
Sepatutnya, kita sama-sama doakan yg terbaik untuk orang-orang yg terlibat. Kehilangan ni memang betul-betul misteri bagi aku sebabnya memang xdapat nak kesan langsung sebarang tanda selain dua tompokan minyak, tuw pun xsahih lagi minyak hasil pesawat or daripada benda lain. Better wat sembahyang hajat, mintak dipermudahkan urusan misi mencari dan menyelamat pilots, crews and all passengers within it, mohon pertolongan Allah, mintak petunjuk dariNya.
![]() |
Siapa la yg wat nukilan ni. Ya, doaku juga sama seperti Alonk ni. -cilokdariFB |
Last but not least, please and please do keep pray for them all. Semoga penantian kita sebagai rakyat Malaysia diberi jawapan dan diberi petunjuk.
![]() |
Doa utk mereka dan redha utk segala-gala kemungkinan |
0 comments:
Post a Comment