CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 9 March 2014

PRAY FOR MH370!

Assalamualaikum..


Umum telah mengetahui tentang misteri kehilangan pesawat milik syarikat penerbangan terkemuka MAS yg telah berlepas daripada lapangan terbang KLIA kira-kira 12.41 pagi  waktu tempatan (Sabtu, 8 Mac 2014) dan tidak mendarat di lapangan yang sepatutnya di Beijing, China.

Allah sahaja yg Maha Mengetahui perasaan ketika mengetahui perkhabaran itu. Aku dapat tau news ni masa tengah menonton NLKO (Nasi Lemak Kopi O) kat TV9 pagi kelmarin. Sehingga ke hari ni, berita tentang kehilangannya tetap menjadi liputan media tempatan mahupun luar negara.

Tapi, apa yg aku rasa kesal dan ralat  sangat dengan sesetengah umat manusia ni ada yg terlebih cepat daripada internet. Macam la depa plak yg sertai misi mencari & menyelamat dlm kes ni. Al maklumla, banyak sangat media sosial sekarang ni. Seriously siap post kat FB bagai cakap media tempatan sengaja tak mau dedahkan hal sebenar. Depa nak simpan wat apa berita macam ni? Time menaip tuw tak pikir ka perasaan ahli keluarga penumpang-penumpang yg terlibat?perasaan ahli keluarga crew-crew kabin?ahli keluarga pilot tuw sendiri? Tak kena kat batang hidung sendiri pandaila gebang. (Aku da nak start emo nieyh).

Paling menyedihkan, boleh plak kaitkan kehilangan ni dengan isu politik, bala la apa, pastu kutuk-kutuk pilot tuw. Adoiy, please la wake up. Pilot and co-pilot tuw xmintak pon nak jadi camtu. They'd try their best. SAMPAI HATI la kan orang-orang yg wat spekulasi menagrut tahap langit apa tah ni. Bagi aku, orang yg sempat wat lawak bodoh tahap gaban pasal kes ni memang xdak langsung nilai simpati dan empati dlm diri dia. Something wrong somewhere la orang camtuh.

Sepatutnya, kita sama-sama doakan yg terbaik untuk orang-orang yg terlibat. Kehilangan ni memang betul-betul misteri bagi aku sebabnya memang xdapat nak kesan langsung sebarang tanda selain dua tompokan minyak, tuw pun xsahih lagi minyak hasil pesawat or daripada benda lain. Better wat sembahyang hajat, mintak dipermudahkan urusan misi mencari dan menyelamat pilots, crews and all passengers within it, mohon pertolongan Allah, mintak petunjuk dariNya.

Siapa la yg wat nukilan ni. Ya, doaku juga sama seperti Alonk ni. -cilokdariFB


Last but not least, please and please do keep pray for them all. Semoga penantian kita sebagai rakyat Malaysia diberi jawapan dan diberi petunjuk.

Doa utk mereka dan redha utk segala-gala kemungkinan

Saturday, 8 March 2014

PUDING KARAMEL YG SENANG

Assalamualaikum..
Cewah..tajuk, bajet terer masak ah, Edan? Hemm..terer xdkla terer pon. Maksud aku "PUDING KARAMEL YG SENANG" tuw sebab dia punya bahan bukan yg pelik-pelik or susah utk didapati and dia punya sukatan xsusah-susah nak pakai gram and so on...

Actually resipi ni, cikgu or as I called as "kak Aida" yg bagi resipi ni. Masa tuw tengah sembang-sembang pasal resipi pehtu aku plak mnyampuk tanya susah dak nak wat puding tuw sebab before this aku da penah try tapi guna resipi orang laen la. Resipi orang laen of course la dia punya stail pon laen khen??

Kebetulan minggu ni, ada sorang cikgu or "kakak" yg juga guru ganti da nak tamat tempoh penggantiannya. So, Kak Aida yg bagi resipi puding ni cakap balik try wat and bawak Khamis ni (6 Mac 2014). Aku cakap insyaAllah ja la sebabnya aku da penah try sebelum ni xjadi, keras, xsedap, seminggu dlm peti sejuk punya terpaksa nak abeskan.

..............................................................................................................................................................

Merepek banyak tak guna, meh aku listkan bahan-bahannya and cara nak buat:


Bahan-bahan:
Ni bahan-bahannya. Abaikan segala mak nenek yg kat belakang tuwh
1) 8 - 10 biji telur ayam
2) 1 sudu teh tepung kastad
3) 1 sudu teh esen vanila
4) 1 tin susu pekat (Kak Aida suggest brand Dairy Champ sebab lemak dia lbey n kurang manis)
5) 1 tin air @ susu cair
6) Garam secukup rasa
7) 5 sudu makan gula kasar



Cara-cara membuatnya: 
1) Untuk wat part gula hangus, sediakan loyang (xkisah bentuk apa pon), masukkan 5 sudu gula kasar (or banyak mana pon), kemudian bukak api perlahan sambil kacau gula tadi sehingga cair dan keperangan. Jangan bagi hitam, nanti rasi pahit. Selepas gula menjadi keperangan, matikan api dan biarkan sejuk.

Ni rupa gula hnagus yg xberapa nak hangus

Jangan cuak bila nampak gula hangus tuw merekah-rekah.

2) Masukkan air ke dalam periuk pengukus, then didihkan sementara nak prepare bahan puding.

3) Bahan 1 - 6 campurkan ke dalam mixer @ blender, semuanya blendkan. Yang bahan ke-5 tuw uols bley pilih either nak guna air biasa or susu cair. Tapi dia punya sukatan bersamaan 1 tin la.


Bahan-bahan yg di'blend' tadi dituang di atas lapisan gula hangus tadi. 


4) Selepas dah blendkan suma bahan tadi, tuang kesemua bahan yg di 'blend'kan tadi ke dalam loyang yang dah berisi gula hangus tadi. Mudah bukan?

5) Kukus puding selama 45 minit.

Dia punya api camni ja la lbey kurang


6) Siap, dan lebih sedap disediakan dalam keadaan sejuk. Means masukkan puding ke dalam peti sejuk.

After the removal from the periuk kukus. Biarkan ia lekang sendiri kat keliling tuw.



...................................................................................................................................................................


Tapi kan, time aku tengah wat tuw ada satu insiden di mana mak aku hampir membakar dapur dengan meletakkan kain buruk di sekeliling periuk pengukus bertujuan nak lap tepi-tepi dapur yg terkena lelehan-lelehan bahan puding time aku tengah tuang dalam loyang tadi. Punya dia cermat nak lap time tuw gak, dengan sempoinya beliau meninggalkan dapur disebabkan bunyi deringan telefon.

Kekononnya mak aku nak lap lelehan yg kat tepi periuk pengukus ni la
Terbakor sudeyh..Ni la mangsa kebakaran, kemeja abah aku yg da dijadikan kain buruk.



And, one more thing puding aku jadi tapi rupa dia......Syahdu. Aku frust. Serious weyh sebabnya aku plan nak bawak p skolah keesokannya harinya. Time da siap puding tuw masak, aku biarkan sejuk seketika. Time mak aku nak telangkupkan dalam bekas yg nak aku bawak tuw, tersenget benget la plak puding tuw jatuh..Berderai la layer atas tuw. Cacat da.. TT 

Tapi xbleyla aku nak salahkan mak aku sebab aku yg xconfident sangat nak terlangkupkan puding tuw. Sebelum-sebelum ni kalau aku wat kek karamel aku yakin plak part nak terlangkup tuw. Aku siap pesan kat mak aku lagi, "Mak, senafas ja mak telangkup tuw," Ewah...kemain la khau?!

Ni la hasil yg xseberapa tuw. Tapi alhamdulillah, esoknya aku bawak pi skolah, Kak Aida cakap puding aku menjadi cuma kena kurangkan manis ja..Yg lain pon cakap sedap and jadi. Alhamdulillah...
Selalunya orang akan upload yg comel2 and cun2 ja pic nya. But I'm not a hypocrite person.
Puding Karamel yg senang telah dilanda 'ribut taufan tak tau mana-mana' TT

OK, Selamat mencuba! 


Monday, 3 March 2014

Xsabar Punya Aku?!



Assalamualaikum..
Dear my blog bolog. Ohoho..Belog la ssangat Cik Edan? Actually entry ni aku taip setelah sakit gigiku mereda pergi (bahasa apa ni Cik Edan?).

Ya, daku telah mengalami sakit gigi yg berlanjutan setelah aku bangun dari peraduan dua hari yg lalu.

Alkisahnya.....
At first xdakla sakit tahap gaban sebabnya aku berkobar-kobar nk attend mesyuarat PIBG (Sabtu, 1 Mac 2014). Punya la lama baq hang mesyuarat tuw. Pendaftaran start kul 8.30 pagi. Start rasmi kul 10.30pagi (kot). Then berhenti rehat kul 11.30 pagi, katanya 15 minit. Sekali hangpa taw, dkt kul 12.30 tengah hari baru start. Aku punya la dahaga ayaq ais (air batu).


Ni la ropenyerr mesyuarat PIBG tuw.
Parents yg attend. Biasala golongan Mak-mak yg lbey ramai daripada golongan bapak-bapak.

 Tumtamtumtam  tamat sesi mesyuarat dlm kul 1.30 ptg lbey-lbey, LALU aku hegehkan tanganku ini mengona stereng menuju ke Arau sebab perut aku buat lapaq nk telan coolblog. SEJUK bukan ketika menikmatinya? Ditambah lagi rasa liat-liat black perl tuw. Hemmm. Xhengat la gigi sakit tuw masa tuw. Ok, fine da habis satu cup. Balik umah sampai lm dkt kul 3 gak la. Sekali mak aku cakap suh mandi nak balik kampung. HOKEYYY fine! (Penat xdan hilang, peluh xdan kering lagi. Aku mengantok).

Cool Blog la ssangat khen? Cappucino is my fav. 

Esoknya (Ahad), rasa lagi ngapngapngap berdenyut gigiku, berlubang ceritanya ni. Bukan sebatang gigi ya sayang2ku, dua! Sudah lama gigi berlubangku biarkan. LAST warning aku dapat daripada doktor yg buat medical check up time aku nak jadi Guru Ganti (Jun 2013). Itu tidal bererti lubang di gigi masih bersaiz tahap jarum peniti bley cucuk masuk. Itu sudah tahap jari kelenkeng aku pon bley sumbat. Standard ah, xsakit mana ada feel nak buang ja terus gigi tuw bebeh! Sayang!! Ohohoo!! Aku gatai minum ayaq tebu pasar malam dekat umah aku yg sejoookkk gitewww..

Lbey kurang ginila gigi aku tuw tapi part itam-itam tuw xdakla sbb aku suka cungkil guna floss.

Khau..Hari ni terima la azabnya. Aku pi sekolah siap mintak tukang kantin tuw top up ais lagi sebabnya 
tiap-tiap kali aku order ayaq ais, xrasa sejuk (bukan sebab santau ah beb. Nau'zubillah) sebab aku nampak dia letak air panas hampir penuh gelas. Mana la tak cair ketulan-ketulan ais yg menyejukkan lagi mendinginkan itu? Ya, aku pon menyedut nescafe 'o' aisku habis segelas. Bermula lagi episod duka di gigi berlubangku.

Budak aku suh main puzzle aku marahi akibat tidak memahami maksudku. Sampai tersedu sedan budak tuw nak lengkapkan puzzle sebab kena marah ngan aku lah ceritanya. Aku sakit gigi. Si budaknya dok wat xreti-reti lagi dgn xdak responnya. Sekali, dia yg paling banyak dapat buat sebab aku cakap "Kalau teriak (nangis) tetap xdapat buat puzzle ni (confirm xdapat buat puzzle ni)" .Gamaknya dapat motivasi menerusi cara aku memerli, budak tuw pun dengan gigih melengkapkan puzzle. Hokey habis bab puzzle.

Murid-muridku yg gigih siapkan puzzle buah-buahan. Group belakang tuw cikgunya baik hati tolong siapkan.

Budak yg tengah tuw yg nangis. Aku xmarah dia actually, suara aku memang xbley control. Actually dia ada cara tersendiri untuk siapkan puzzle tuw cuma dia xmampu nak luahkan kat aku.

Muka tahan sakit gigi plus gedik selfie time ngajar (la sssangat). Da macam han..bungkus aku tengok muka sendiri ngan shawl camtuh.

Time budak-budak sibuk wal khusyuk, ada la sorang cikgu yg sama nama ni bagi pertolongan kat aku. May be dia kesian tengok aku dok pegang pipi kanan aku dari lepas makan tadinya. Maka, beliau telah menulis sepotong ayat al-Quran atas kertas kecik, pastu dilipatnya kecik-kecik dia suh aku kemam. Aku cakap nanti boleh dak sebab sat gi nak amek ayaq semayang (wudhuk). Dia cakap Ok, bila-bila pon xpa. Ni cuma ikhtiar. After that aku selit la kertas tadi kat beg henpongku.

On the way balik rumah memang sakit kepala la dia punya sakit gigi tuw menangkap sampai ke kepala. Tahan punya tahan sampai la ke rumah. Lepas maghrib, aku amek kertas tadi tuw, selawat ke atas Nabi. Aku selit celah gigi2 aku yg berlubang itu. Hemmm..Jenis xsabar aku ni, telan Prostan plak (ubat tahan sakit) yg da expired bulan Januari 2014. Aku kira halal ja la, xtahan la weyh rasa cam terketar-ketar ibu jari kaki aku tahan sakit. 

Then, xok lagi, aku selitkan plak bunga cengkih sekuntum  yg aku agak-agak muat celah lubang gigi aku yg sakit tuw. Pahtu  titik pulak ubat Hurix yg utk gigi berlubang tuw. Aku siap Google habaq hang ayat al-Quran utk sakit gigi. I've found, surah Al-Mulk, ayat 23 from a blogger. Thanx sgt kt blogger tuw sbb share menda yg bermanfaat giteww (eh seriusla!). Letak jari kat gigi yg sakit then recite the ayatul Quran. Alhamdulillah, kurang sikit sakit tuw.

Try la baca ayat ni. InsyaAllah berkesan or tak pon kurang sikit rasa sakit tuw.

AT LAST, alhamdulillah..hampir jam 11.54 malam, sakit gigi ku mula reda. Mana satu yg mujarab aku pon xtaw. Tapi apa aku nak cakap kat sini, alhamdulillah..Sakit gigi kan sakit yg ketiga paling sakit lam dunia selain sakit nak mati and sakit bersalin. Hemmm,,tuw la ujian Allah terhadap manusia. Bukan hari-hari kita akan sihat ya.

Kesimpulannya, jagalah gigi anda molek deyh? Kecik-kecik lagi kena rajin gosok gigi, aku ni sebaliknya ya time kecik-kecik dulu. Rajin taw jumpak dentist. Rajin cabut gigi. Actually genetik aku part gigi memang xbagus. Except adik aku ja maintain xpenah ada masalah gigi plus tersusun rapi giginya. Aku? Xyah tanya, confirm la rongak bukan congkak.

Sekian, entry melalut bin mengarut  sedikit sebanyak. Wassalam...