CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 15 February 2014

Jangan Pernah Kau Coba Untuk Berobah

Assalamualaikum..
   
    Ehemm..Ekeleh tajuk entry post..Tableyblah merapu. Nampak sangat la hang ni Edan xdak modai nak taip. Actually ada menda la nak taip sekali xcukup bahan bukti plak. (Bajet sangat hokeyyh! Apa hang ingat hang CSI apa pi siasat sana sini nak bukti bagai?). Baiklah sila abaikan part monolog di situ.

     Erm..Err...Pernah dak hangpa dalam satu hari rasa teramat la down gila babeng punya tak pon rasa cam "Ya Allah, aku ni memang xberguna la hidup pon" ataupun bila ada ja masalah yg rasa cam dalam hati ni sarat, berat macam nak jatuh timpa kaki sendiri then rasa cam "Why me?" "Kenapa aku yg nak kena tanggung semua ni?", "Kenapa aku yg kena lalui benda macam ni?". Masa tu mesti rasa macam diri sendiri ni tak sanggup lagi nak lalui hari esok dan sebolehnya pejam mata and takut nak bangun untuk terus lalui rasa-rasa sakit, perit, pedih, payau, kelat, terluka, dilukai.. Ooooooh.. dan sewaktu seagkatan se'batch' dengannya. 

     Xyah nak bergundah gulana sangat la wahai cik hati. Pujuk la diri sendiri. Ini nak tunggu ada orang usap-usap, belai-belai kononnya nak suh calm down hati ni. Memey la. Sometimes we do really need someone to listen and hear out what have you feel, and do remember pleaaaassssseeee (amboih xboley nak hiperbola lagi hang punya please Edan?).Ok sambung balik. 

    Please la choose the right person to listen to your probs. Sebabnya? Sebabnya kadang-kadang the person pon 2x5 ngan hang. Sama-sama down tak pun bagi nasihat ikut dia punya emosi bila dengar kita punya luahan on that time. Tak pon, bagi resolution yg macam wierd yg macam xkena la ngan jiwa kita. Contoh la kan, hang ngadu kat someone cakap lonely la, xdak member nak ajak sembang sambil cicah mempelam ngan garam belacan (or colek bak kata ore Qlate) petang-petang, then the person give you a resolution. "Apa kata ikut aku pi dangdut?" "Why not you try on this...(contohnya, pi isap shisha ka, pi kelab malam ka)". Hello..Tepuk dada, tanya iman. Tuw contoh ja la. Tak yah nak touching na.



    Seeloknya, take times and give some space for yourself to leave alone. Bagi ada cam privacy sikit la untuk diri sendiri. Pikiaq balik, punca wal sebab musabab, faktor-faktor perkara itu terjadi. Jangan nak escape kalau memang berpunca daripada diri sendiri. So, baiki la diri sendiri. Muhasabah diri. Mengadu la pada Allah, pencipta kita. Aku selalu dan selalu sangat-sangat kalau rasa down yg teramat memang aku aku selalu pesan pada diri aku, bahawa Allah takkan bagi kita ujian selagi mana aku mampu lalui sesuatu tu.

    Kita selalu bagi persepsi yg mudah. Orang yg selalu gelak, selalu keluar ke sana sini, lepak ngan member-member almost 24hours balik-balik hang tengok muka aku, aku tengok muka hang, macam happy, tadak masalah, cheer and happening nya hidup depa. Sebenarnya itu gak salah satu ujian yg Allah kurniakan. (Hang padia Cik Edan? Susah tengok orang senang?). Tadak susahnya aih selagi tak kacau duit aku. Kahkuhkah...


     Time rasa cam sedih tuw, ringan-ringan kan la tangan tuw, capai al-Quran and baca. Tanya pada diri, bila kali terakhir kita pegang al-Quran tuw? Tak pun kalau agak-agak fon kita yg canggih manggih tuw berat ngan install apps yg mak nenek punyala nak up-to-date, cer la install apps Quran ka, Mathurat ka, daripada dok scroll down post-post kat FB, swipe-swipe gambar kat Ig, Tweet orang tuw, Follow orang ni, cer la luangkan masa sikit belek benda-benda saham ke akhirat. Khen? 

     Alala..Lek la aku cakap untuk diri sendiri gak ni. Taip atas rasa menginsafi diri seketika. Tabley kerrrr??? Pahtu, baca la doa cam katun kat bawah ni..InsyaAllah,yg bersawang berselirat dalam otak dan dadamu itu nescaya clean & clear walaupun sikit demi sedikit..


        Semoga setiap penyelesaian terhadap apa yg kita diuji tuw membuatkan kita belajar, memberi harapan baru untuk diri kita menempuh hari -hari yg mendatang, buat kita lebih matang untuk tempuh dunia yg sementara ni. Selalunya kita akan mengeluh ja bila ditimpa musibah, cuba kita ubah balik persepsi kita tuw,bersangka baik ngan Pencipta  kita. Dia tak pernah pun lalai daripada mengingatkan kita, kita ni hamba Dia ja yg selalu lupa Dia. Jadi, recheck diri, update status iman kita, da cukup sabar ka kita lalui hari-hari sebelum ni di atas bumi loan daripada Dia? Kalau la rasa ter'over' mana-mana part just say "Astaghfirullahala'ziim"..Mudah bukan? At least bley top-up pahala. Khen?

        So, apa yg "JANGAN PERNAH KAU COBA UNTUK BEROBAHnya" Cik  Edan? OK!OK! Ni Cik Edan nak jawab. Ya la. Kalau da dilanda ujian, kita sebenarnya diberi banyak pilihan untuk selesaikan.Tapi, jangan kita berubah iman kita hanya kerana diuji sikit-sikit. Kalau kita ingat kita la orang yg paling susah, ingat balik ada orang yg lebih susah daripada kita..

 Sekian, wassalam..

0 comments:

Post a Comment