CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 19 February 2014

Titew penat larrr

Assalamualaikum..



      Tajuk gedix titew pada hari ini adalah seperti di atas ya dik non. Oh sungguh meloyakan bila aku membacanya sambil melafazkannya dengang penuh perasaang. Sungguh, sungguh memualkan. Aik, bukanka tu trend budak-budak zaman sekarang? (Hello Cik Edan. Awak bukan seorang budak lagi hokeyy??!).

     Actually hari ni aku rasa aku punya penat macam tahap apa but still awake at this time la khen bajet ngantuk tahap apa tah lagi dari sekolah tadi. Takdala. Aku bukan buat kerja berat pon hari ni nak penat sssangat tu. Penat sebab sistem tubuh baru nak alert ngan new environment. Bukan bermaksud aku berpindah ok. Yg pindah skolah ja pon, nope actually perkataan yg paling sesuai adalah menumpang sekolah orang. 
      
      Memandangkan sekolah aku still penuh ngan kepulan asap dari tempat pelupusan sampah yg terbakar since last week, so JPN  da bagi kat sekolah tuw inisiatif laen supaya kami menumpang sekolah terdekat, SMK Tengku Budriah, Arau, Perlis dengan masa persekolahannya adalah bermula pada 2.00 petang hingga 6.30 petang. 

     Saja ja nak geidx sikit. Aku tak dak la ngajaq pon sebabnya pelajar kami (PPKIBP- Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran) diberi cuti rehat sama ngan budak-budak pra sekolah. But, ini tidak dikira sebagai aku memakan gaji buta hokeyy? Aku and cikgu-cikgu yg lain ada ja keja laen, berkhidmat untuk sekolah.

       And tetiba ja plak tadi ada cikgu mintak aku tolong buatkan slide utk assignment dia. Falsafah Pendidikan la uols. Aku ni hidup-hidup ingatkan Falsafah Pendidikan Negara hak seciput yg aku xpenah hafal seumur hidup tuw. Since last week lagi dia dok cakap kat aku, nati dia bagi isi. Sekali , nahh tadi "Socrates & Plato". Hhiiiii...Jumaat ni dia nak sebab nak present diz Saturday. Thorbaek....Xpala, aku pon kesian gak ngan keadaan dia, insyaAllah kalau aku mampu buat malam ni, aku cuba buat. Sesimple yg mungkin hokeyyy. Seboley-boleynya simple. Take note Cik Edan. Hang kan suka mengarut banyak. TT  


     Memandangkan umah aku jauh dari sekolah, aku kena gerak 12.30 p.m dari umah, abes sekolah kul 6.30 pm plus jam dpn skolah ngan parents mai amek anak-anak depa balik tumtamtumtam sampai la aku tadi kul 7.22 pm kt umah..Kekononnya nak lelap la lepas Maghrib, sekali tok aku plak kol..tanda dia concern ngan keadaan cucu dia yg berulang-alik jauh niyh. Tok sgt2 suweet taw utk aku. :-*


Di sini, aku telah mencilok gambaq dari encik Google aku nak share la sikit doa buat ubat keletihan. Mudah-mudahan akan jadi amalan kita semua.


Sekian sahaja untuk entry gedix kali ini. Wassalam..

Saturday, 15 February 2014

Jangan Pernah Kau Coba Untuk Berobah

Assalamualaikum..
   
    Ehemm..Ekeleh tajuk entry post..Tableyblah merapu. Nampak sangat la hang ni Edan xdak modai nak taip. Actually ada menda la nak taip sekali xcukup bahan bukti plak. (Bajet sangat hokeyyh! Apa hang ingat hang CSI apa pi siasat sana sini nak bukti bagai?). Baiklah sila abaikan part monolog di situ.

     Erm..Err...Pernah dak hangpa dalam satu hari rasa teramat la down gila babeng punya tak pon rasa cam "Ya Allah, aku ni memang xberguna la hidup pon" ataupun bila ada ja masalah yg rasa cam dalam hati ni sarat, berat macam nak jatuh timpa kaki sendiri then rasa cam "Why me?" "Kenapa aku yg nak kena tanggung semua ni?", "Kenapa aku yg kena lalui benda macam ni?". Masa tu mesti rasa macam diri sendiri ni tak sanggup lagi nak lalui hari esok dan sebolehnya pejam mata and takut nak bangun untuk terus lalui rasa-rasa sakit, perit, pedih, payau, kelat, terluka, dilukai.. Ooooooh.. dan sewaktu seagkatan se'batch' dengannya. 

     Xyah nak bergundah gulana sangat la wahai cik hati. Pujuk la diri sendiri. Ini nak tunggu ada orang usap-usap, belai-belai kononnya nak suh calm down hati ni. Memey la. Sometimes we do really need someone to listen and hear out what have you feel, and do remember pleaaaassssseeee (amboih xboley nak hiperbola lagi hang punya please Edan?).Ok sambung balik. 

    Please la choose the right person to listen to your probs. Sebabnya? Sebabnya kadang-kadang the person pon 2x5 ngan hang. Sama-sama down tak pun bagi nasihat ikut dia punya emosi bila dengar kita punya luahan on that time. Tak pon, bagi resolution yg macam wierd yg macam xkena la ngan jiwa kita. Contoh la kan, hang ngadu kat someone cakap lonely la, xdak member nak ajak sembang sambil cicah mempelam ngan garam belacan (or colek bak kata ore Qlate) petang-petang, then the person give you a resolution. "Apa kata ikut aku pi dangdut?" "Why not you try on this...(contohnya, pi isap shisha ka, pi kelab malam ka)". Hello..Tepuk dada, tanya iman. Tuw contoh ja la. Tak yah nak touching na.



    Seeloknya, take times and give some space for yourself to leave alone. Bagi ada cam privacy sikit la untuk diri sendiri. Pikiaq balik, punca wal sebab musabab, faktor-faktor perkara itu terjadi. Jangan nak escape kalau memang berpunca daripada diri sendiri. So, baiki la diri sendiri. Muhasabah diri. Mengadu la pada Allah, pencipta kita. Aku selalu dan selalu sangat-sangat kalau rasa down yg teramat memang aku aku selalu pesan pada diri aku, bahawa Allah takkan bagi kita ujian selagi mana aku mampu lalui sesuatu tu.

    Kita selalu bagi persepsi yg mudah. Orang yg selalu gelak, selalu keluar ke sana sini, lepak ngan member-member almost 24hours balik-balik hang tengok muka aku, aku tengok muka hang, macam happy, tadak masalah, cheer and happening nya hidup depa. Sebenarnya itu gak salah satu ujian yg Allah kurniakan. (Hang padia Cik Edan? Susah tengok orang senang?). Tadak susahnya aih selagi tak kacau duit aku. Kahkuhkah...


     Time rasa cam sedih tuw, ringan-ringan kan la tangan tuw, capai al-Quran and baca. Tanya pada diri, bila kali terakhir kita pegang al-Quran tuw? Tak pun kalau agak-agak fon kita yg canggih manggih tuw berat ngan install apps yg mak nenek punyala nak up-to-date, cer la install apps Quran ka, Mathurat ka, daripada dok scroll down post-post kat FB, swipe-swipe gambar kat Ig, Tweet orang tuw, Follow orang ni, cer la luangkan masa sikit belek benda-benda saham ke akhirat. Khen? 

     Alala..Lek la aku cakap untuk diri sendiri gak ni. Taip atas rasa menginsafi diri seketika. Tabley kerrrr??? Pahtu, baca la doa cam katun kat bawah ni..InsyaAllah,yg bersawang berselirat dalam otak dan dadamu itu nescaya clean & clear walaupun sikit demi sedikit..


        Semoga setiap penyelesaian terhadap apa yg kita diuji tuw membuatkan kita belajar, memberi harapan baru untuk diri kita menempuh hari -hari yg mendatang, buat kita lebih matang untuk tempuh dunia yg sementara ni. Selalunya kita akan mengeluh ja bila ditimpa musibah, cuba kita ubah balik persepsi kita tuw,bersangka baik ngan Pencipta  kita. Dia tak pernah pun lalai daripada mengingatkan kita, kita ni hamba Dia ja yg selalu lupa Dia. Jadi, recheck diri, update status iman kita, da cukup sabar ka kita lalui hari-hari sebelum ni di atas bumi loan daripada Dia? Kalau la rasa ter'over' mana-mana part just say "Astaghfirullahala'ziim"..Mudah bukan? At least bley top-up pahala. Khen?

        So, apa yg "JANGAN PERNAH KAU COBA UNTUK BEROBAHnya" Cik  Edan? OK!OK! Ni Cik Edan nak jawab. Ya la. Kalau da dilanda ujian, kita sebenarnya diberi banyak pilihan untuk selesaikan.Tapi, jangan kita berubah iman kita hanya kerana diuji sikit-sikit. Kalau kita ingat kita la orang yg paling susah, ingat balik ada orang yg lebih susah daripada kita..

 Sekian, wassalam..

Thursday, 13 February 2014

HAPPY JUMU'AH

Assalamualaikum..
First of all, HAPPY yaumul Jumu'ah I wish to all of u especially to all Muslims in this entire world.

HAPPY YAUMUL JUMU'AH!

 Ehemm.. belek sikit kalendar tengok hari ini hari apa n berapa hari bulan. Spot! 14 Februari 2014. Selalunya la kan time aku study dulu mana member-member yg dok tangkap cintun memang ingat sesangatla tarikh ni. Kekononnya hari tuw hari Kekasih larr khen? Ekeleh ..hari-hari pun hari kekasih what? Pahtu busy larr cari idea nak bagi adiah apa kat pakwe/makwe depa. Duit tadak pon korek pi korek mai nak bagi adiah kat chenta ati. (Tableyblah..)

Apa pun aku xmau merapu banya bab Hari Valentine ni sebabnya sebagai umat Islam bukannya kita digalakkan pon celebrate hari camtuh.

Gambar ehsan daripada Enchik Google or lebih tepat kepada website pada gambar.
 Tengok cam tahun ni, elok ja jatuh pada hari Jumaat. Mana satu yg best? Celebrate Valentine's Day or Jumaat Day? Mana yg xdak 'kekasih ati' tuw hangpa nak celebrate gak ka? Meroyan sangat...

Allah da bagi kita elok dah taw. Hari Jumaat macam yg kita da sedia maklum sejak zaman ustaz ustazah kita ajaq di skolah dulu merupakan penghulu segala hari. Special, xkira peringkat umur, jantina, semua bley celebrate hokeyy!

 Jom kita belek sikit antara present untuk diri kita sendiri sempena Hari Jumaat ni yakni yaumul barakah (hari yg penuh keberkatan):


Ha..amacam geng? Hokey tak present kita? Reward sebagai seorang muslim yg cintakan kebersihan?
Kita ni pahala pun xbanyak. Bagi sesapa yg memang busy tahap gaban tuw, Allah da sediakan satu hari lam 7 hari seminggu ni untuk kita check kita punya cleanliness. Ini tak, muka serabai, kuku bertahi, and at least bagi rehat sat kat mulut kita yg bercakap tak henti-henti time imam baca khutbah. Yang malas mandi at least mandi la be4 pi sembahyang Jumaat tuw. Kalau sembahyang Jumaat pon 4 tahun sekali memang problem sesangat la  khen? Hemm..

Ecewah..sapa yg baca blog ni mesti rasa cam, "ekeleh dia ni membebel bagi khutbah kat orang", "perfect sangat ka dia ni?" , "cam bagus ja dia ni", "eleh takat alim-alim kucing orang tak kenal xpayah ah". But at least, ada gak tergerak hati ni untuk berbuat kebaikan. Ada sesetengah orang berpegang kepada prinsip " alang-alang buat jahat, biar betul-betul jahat" or 'alang-alang buat jahat, biar jahat terus". Cer hangpa yg amal prinsip tuw tune kepada yg sebaliknya. Rasa cam tenang sikit kot. Try la. At least once a day. Baru rasa cam eh, macam ada space sikit lam hati neiyh, tak rasa sesak, naik ke kepala cam ketat ja dalam dada ni. Ha!!

Semua orang berhak buat baik, xpayah tunggu haru Jumaat. Buatnya xsempat sampai Hari Jumaat da Qalu innalillahawainna ilaihiraji'un camno? Camno eh den nok buek? Tok sompek nok buek baik ni ha? Tok sompek nok jadik orang baik. Rugi benor hidop ekau dan aku.

Ohoho..melebih-lebih sudah ekau cik edan. Sojak bilo eh ekau jadi oghang nogori? Whatever it is, berpesan-pesan lah ke arah kebaikan dan berpesan-pesan la dengan penuh kesabaran. Merapu-merapu gak. Memang rasa di hati ni nak taip lelaju pasal hari ni plus aku plak pihak Kementerian Pelajaran da arahkan sekolah ditutup. That's mean HOLIDAY meyh! Jadi terbanyak pula masa 24 jam hari ni untuk aku merpau kat blog ini.
Sekian, wassalam..

Jerebu not Jolobu





Assalamualaikum...
Ehem..tengok tajuk entry ni. Cam tajuk nak belajar subject science ja kan? Tak bley blah la cik edan.
Tak dak la saja ja aku nak share kat sini. Apa yg aku tengah alami.
Camni al kisahnya....

Aku ni dalam tempoh sebagai Guru Ganti kat SK Pauh, Arau, Perlis. Perjalanan dari umah aku ke sekolah ada gak la lam 35 minit ke 45 minit..Tu pun bergantung kepada jalan mana yg aku ikut la. Yang pastinya aku lalu ikut jalan yg xsibuk. Senang nak pecooot. Ehehe.. (Intro yg xbermotif hokeyy?)

Kelmarin (Rabu, 12/02/2014), aku dgn bersemangatnya la pi skolah. Last week, sepanjang perjalanan nak ke sekolah aku ada masalah ngan fogs yg agak mengaburkan la mata aku yang sedia rabun ni. Tapi kelmarin cam ok la bab fogs tuw. Sekali aku nak belok masuk ja kawasan sekolah, tetiba nampak asap tebal gila, siap bau dia fuuulamakatak, 'haruuuuuuuuuuuuuuuuuuum'. Camna aku tau bau dia harum sebaik sahaja akau membelok? Jawapannya harusla sebab aku bukak tingkap cheq! Laju -laju aku pulas air cond and tutup tingkap utk beberapa minit sebelum masuk ke perkarangan sekolah. Masa tuw aku  pikir, takkanla sekolah aku ja istimewa kabus setompok? Eh takkan sekolah on fire?? Tengok transport parents suma lek-lek ja line up kluaq, xmacam selalu bersimpang-siur dpn pagar sekolah walaupun da banyak kali ditegah berbuat demikian oleh pihak sekolah. Sekali aku park kereta, turun, baru la taw kejadian sebenar. Ada kes pembakaran kat tapak pelupusan sampah dekat-dekat area skolah gak.

Camnila keadaan sekolah aku dilanda asap berbau sampah sarap yg berkepul-kepul

Aktiviti utk pelajar. Semua pelajar PPKIBP dibawa ke Podium yakni tempat yang diyakini dapat bernafas dgn selesa
Then, bebudak pon cam gelisah gak la kan, sepatutnya ada latihan merentas desa. Sekali batal pulak sebab jerebu yg tetiba ni. Hewhew..,Pahtu, ckgu-cikgu yg len da contact parents suh mai ambik anak depa kt skolah sebabnya memang ada yg asthma (termasukla aku ni). Lam kul 12 lebey-lebey gitu, Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis pon mai la n kami pn ada la perjumpaan ngan beliau. Setelah beliau memberi ucapan beribu-ribu patah, beliau mengarahkan kami guru-guru supaya jangan balik lagi n GB kena report kat beliau 2jam sekali tentang keadaan skolah. Habis la bab tuw.
Perjumpaan ringkas bersama Pengarah JPN Perlis dan wakil daripada JPN

Balik kelas memang xdak arah dah nak wat pa pa, kami pon lepak la kat dapur kelas. Oh ya lupa aku nak cakap, aku guru ganti Pendidikan Khas. So, kelas kami tersangat spesial hokeyy?! Disebabkan plan awal ada latihan merentas desa, so PPM (Pembantu Pengurusan Murid) kami da standby ice cubes, untuk wat air then cikgu-cikgu laen ada la bawak makanan cam kek kukus, keropok ikan and so on. Daripada belek paper sampai ke acara habiskan makanan, at last, kami suma balik lam kul 1.30 petang.

Acara makan-makan bagi membuang masa yg sedia terbuang. Kikiki..


13 Februari 2014
Hari ni (Khamis, 13/02/2014) punya la aku pon mai, bangkit pagi pon xliat cam pagi sebelum tu. Belok masuk ja kawasan sekolah, sunyi beb! Heran aku sebabnya nampak kepulan asap hanya tertumpu dlm kawasan sekolah, kat jalan memang clear. Aku da belok masuk melepasi gate skolah sekali terperasan perkataan " SEKOLAH CUTI UNTUK HARI INI (13/02/2014) blalaalalala (aku xperasan tulis apa lagi).

Ya Allah, cepatla bagi hilang asap-asap ni.
Lepas tulis nama, aku bley plak lepak ngan member-member aku sampai perut berkeroncong untuk ana. Walhal, keadaan sekolah teramat teruk nak banding ngan kelmarin tuw. Sembang punya sembang, at last tinggalaku berdua ngan Kak Mas. Pahtu aku ajak dia pi makan area Arau sebab perut aku da berbunyi gila. Kat kedai makan tuw aku tibai nasi lemak ayam goreng dia. Aku ngan Kak Mas sembang dari se bab se bab sampai kakak-kakak kedai makan tuw asyik perhati kat kami berdua nieyh. Mana taknya dari pukul 9.30 a.m smpai 11.30 a.m kami kat situ. HAHAHAHA...Then kami pon bawak haluan balik ke rumah masing-masing.  (Last para saja nak cerita gak). Apa pon pasal apa yg jadi kat sekolah aku tuw memang masuk berita taw. So, serius la mknanya tuwh.
Aku and Kak Mas

Sekian utk entry hari ni. Wassalam (penutup hang xbest la edan).

Saturday, 8 February 2014

REDHA- 2014

Assalamualaikum..


Ehemm..Fuhhh..fuhh..Fiuuhhhh...amboi berhabok sakan blog aku neyh.
Mana tak nya. Tengok la last entry aku merapu bila dia pnya tarikh, hari dan masa. Ahha..ni la cik edan oiy suka sangat hangat-hangat tahi ayam candu. Blueeeekkxx  :-p
 Dah 2014 pon..Alhamdulillah daku masih bernyawa n mampu merapu rapik lagi lam blog syok sendiri aku neyh. Nak wish Happy New Year pon memang melampau sangat dah kelewatannya.
Apa pon aku still nak wish "HAPPY NEW YEAR 2014" (dengan nada penuh kegumbiraan). Azam baru selalu orang kaitkan ngan tahun baru. Hari-hari ada azam baru xboley ka? Apa-apa la cik edan oiyh.
Kalau hangpa tanya azam baru aku apa? Aku berazam nak jadi baik sikit. Sikit pon jadi la. Tapi tadak la aku nak declare kat sini aku nak jadi muslimah sejati. Tak salah kot nak buat azam camtuh. Bagi aku nak jadi muslimah sejati xyah nak tunggu pakai tudung labuh sampai punggung pon, janji hati kena baik, selalu kena bersangka baik ngan orang, sembahyang bagi cukup, kalau buat sesuatu kebaikan jangan riak hokeyh?!, sentiasa bersyukur ngan apa yg kita ada. ("oiyh edan, hang dok bletiaq apa ni?") ("eh eh..aku nak bagi motivasi utk diri sendiri ja. Why?")

Hehehe..abaikan dialog monolog di atas.
Senang crita, tema aku utk tahun 2014 ni adalah "REDHA" (bukan nama pakwe ku ataupun nama abang arwah kawan aku. eheh..)


  • REDHA untuk kerjaya aku -  sbb xdak keja tetap.
  • REDHA dgn segala bentuk ujian yg datang - baik dlm bentuk kesenangan atau keperitan.
  • REDHA untuk jodoh - andai dia memang sudah tertulis sebagai jodohku, Kau permudahkanlah urusan itu.
  • REDHA kerana tidak cantik - eh ada gak camtuh? ya la cik edan oiyh..redha ja la kalau dah Allah bentuk muka hang suma complete segala anggota badan berfungsi, Alhamdulillahla tu..




Yang penting, jangan sesekali kita kufur dgn nikmat yg Allah dah bagi.
Ucaplah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar setiap hari. Allah da bagi kita 24 jam sehari takkan sesaat pun kita sampai tak ingat langsung nak sebut kalimah memuji Dia yg Maha pencipta kita yg kerdil ni? Recheck, adakah kita ni dalam golongan yg selalu sebut kalimah-kalimah itu atau sebaliknya? Tanya pada diri kita kalau kita tak ingat nak sebut langsung kalimah-kalimah tu, then apa ja yg kita buat dlm 24 jam setiap hari?
Apa pon yg kita rancang xsemestinya menjadi. So, kita tak payah nak takwil itu dan ini kerana Allah yang menentukan segala-galanya. Kalau azam-azam kita tak tercapai atau tertunai, recheck diri kita mana yg xkena, bukan salahkan orang-orang kat sekeliling kita. Janji na?


Do remember that only Allah is the Great Planner.
Ok. Sekian sahaja sesi merapu rapik aku hari ni. Oh..sebenarnya ada ja idea nk merapu kat blog tapi hangpa tau2 ja la kan, org 'muda' mempunyai kepala pelupa yg gatai buat banyak e-mail account ni memang selalu fail ingat username, password, e-mail address mana yg aku guna. So, bila ada orang lain maen laptop aku n automatically 'Sign-out' aku punya account, meraba-rabu uban di kepala la jawabnya. 
 Wassalam..