Assalamualaikum..
Ehem..Tengok title la khen? Xkan xbley agak kot? Ehehehe..hemm..sebenarnya betapa aku in love sangat ngan cerita yang tengah hot kt Slot Akasia sekarang ni, "Kerana Terpaksa Aku Relakan", thus aku mengambil keputusan (penting ka sampai perlu nak declare buat keputusan?) untuk menai entry choiyy double choiiyy ini..(Hanya aku yang mengerti).
Cerita ni cam biasa la adaptasi novel, tapi aku suka dia punya storyline.
Yang cliche pon dia punya konflik aku rasa, lagipun cerita ni x lemau untuk aku ikut maksud aku, kalau terlepas satu episod kau memang agak tenggelam punca tak macam sinetron hokeyh?? Kalau ala-ala sinetron memang kirim salam la aku x jadi penyumbang pon untuk series yang melalut-lalut kelaut, hang tebok aku, aku tengok muka hang dekat setengah minit. Memang TAK AKAN! (Sorry aku memang tanak cerita pon ala-ala macam nak review drama tuw, just nak buat luahan ja).
Aku da la terjatuh cinta ngan story line dia, pahtu dia punya actor and actress suma main peranan even cam Amar Baharin tu agak baru la nak jadi hero-hero giteww kan? Tapi cam ok ja dia punya acting. Bak kata Ally Iskandar masa "depa" buat sesi temu bual drama ni kat MHI, terserlah "KETAJULAN" Ammar Baharin tuw..Yup, I'm totally agree. Pastu si Izreen memang aku suka la watak dia cam kalut2, gedix tak ketahuan tuw cam bodoh-bodoh alang plus gedxx, at least ada cam sense of humour la lam cerita tu.. Awal-awal cerita cam aku skali la falling in love kat Tajul Razin tuw, but bila sampai episod yg last week end tu (Episod 23) aku da start nak marah da ngan Zen.
![]() |
Tajul Razin (Ammar Baharin) with Indah Halina (Izreen Azminda). Time ni Zen booking Indah untuk hang out n dia mention just utk hari tu ja nak wt suma menda ngan Indah. |
![]() |
Admire Dato' Soffiyah (Dian P.Ramlee). AKu admire dia punya acting. Versatile! |
![]() |
The siblings of Tajul: Tajul Fahin (Shafiq Kyle), Tajul Razin (Ammar Baharin) and Tajul Zahin (Aedy Ashraff) |
![]() |
Watak kat kampung Indah. The mak in law yg tak jadi, abah Indah and the emak tiri and kakak tiri. |
Part sedih tapi agak bacul la si Zen (Ammar Baharin) tu just by e-mail cakap macam-macam kat Indah Halina (Izreen Azminda) nak break up. Tak macho syiot! Ka ada sapa-sapa yang reka e-mail tu untuk pisahkan dua orang tuw xtaw la kan? Itu yg aku kagum sangat ngan keja Azma Aizal Yusof a.k.a Butang yg aku kenali menerusi watak drama TV3 satu ketika dulu. Ok2, aku da melalut sakan ni.
Ni la kandungan e-mail Abang Zen untuk Indah. Sedey beb aku rasa cam sedey gila jadi Indah Halina. |
Bagi aku, suma watak tak kekok bengkok. Best even watak Safuan pekerja berwatak ala-ala sotong tu pon menjadi and watak bff Indah yg dilakonkan Ika Nabella pon memang aku puji. Adik bongsu Tajul's pon, Tajul Zahin (Aedy Ashraff) memang best. Nampak kematangan beliau. Ekekeke..kan ka dia ni since budak-budak lagi da start blakon. Shafiq Kyle pon aku suka lakonan dia lam cerita ney sebab rasa cam dia in mood gila. Eeee..da la comeyl!!!
Aku punya tahap gila tengok cerita ni, aku da tengok live kt tv, pastu mesti la ada part yg aku ter 'miss' en especially time bukak posa, tv ja cakap sengsorang, malam after balik terawikh, aku akan tengok balik cerita tuw kat tonton.com. Then, keesokannya aku akan download la episod berkenaan dekat sini http://www.bukancincai.com/. Pastu berangan. Pastu dok feeling-feeling. Aku nanges ah tengok cerita ni. Kesian kat Indah. Aku cam bley in mood giteww nak-nak lagi tengok dia nangis cam ikhlas nak mati time blakon..Hahaha! Obses dak aku?
Dia punya OST pon best tajuk "PATAH SAYAP" yg Nadia Aqilah a.k.a Zawati yg blakon lam cerita neyh. Yang aku lagi best pasal lagu ni sebab Hafiz Hamidun yg buat. Aku selalu expect Hafiz Hamidun yg selalu compose lagu-lagu nasyid or alunan zikrullah tapi kali ni lain. Sedap and puitis lirik lagu tu.
Aku punya feel kat cerita ni tak macam series yg meletop-letop sebelum ni cam Setia Hujung Nyawa (aku repeat lebey 10x tengok), Ariana Rose and so on..Ntah dia punya aura tuwh laen. Ewaaah!Aku ni da la jenis sayang duit sikit bab nak membeli novel neyh. Tapi aku memang seriously nak angkat la novel ni lepas abes cerita ni. "Dan, awat hang nak tunggu abeh cerita baru nak beli?". Guess what guys? Sebab kalau aku beli la ni, novel tuw da la agak tebal, dengan tahap aku membaca novel punya kelajuan semut berjalan lagi laju kot plus xdan ligan la ngan series yg da di'compact'kan daripada novel tuwh. Bila da abes cerita tuw kat tv and aku baru start nak baca, baru la dapat nak feel dia punya watak lam cerita tuw cam nak imagine la kan.
Hahahaha..hahaha..
![]() |
Ni la rupa novel nya. But sorry aku rasa lepas abes cerita ni rasa cam nak beli. Sokmo borrow jeww! |
Ok, cukupla aku nak merapu setakat ni dulu. Diam-tak diam da 9 hari kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa. Best weyyy!!! Selalunya orang post entry yg cam tazkirah tapi aku cam xmaw la nak hipokrit sangat khen? Apa aku rasa nak taip,aku taip. Nak bagi tazkirah tak perlu tunggu hari Jumaat or Ramadhan jewww..Kan??
Till then, wassalam..